Pages

Wednesday, 15 July 2015

Resepi mudah untuk detox :D


Post yang lepas kita dah diskus serba sikit pasal detox, so kali ni I bagi resepi-resepi mudah untuk detox yang boleh diamalkan hari-hari atau selang seminggu/sebulan/setahun ikut suka masing-masing la. Tapi kalau nak lagi bagus baik buat konsisten setiap bulan tak pun hari-hari.

Resepi 1: Air Lemon, Timun dan Mint

1 jug air sejuk (1 liter) : Wajib pakai jug kaca sebab bekas plastik ada risk untuk chemical masok dalam mknn
1 atau 2 biji lemon (ikut size.Kalau kecik 2 biji)
setengah biji timun
Beberapa helai Daun pudina

1. Basuh lemon, timun dan daun pudina.
2.Kupas kulit lemon termasuk dengan lapisan putih tu. Kalau tak air akan jadi pahit. Hiris nipis then letak je dalam jug yang berisi air. Tak payah perah air lemon tu sebab yang sama air akan jadi pahit.
3. Timun tu ikut suka nak kupas kulit atau tak. Potong nipis and letak terus kat dalam jug air.
4. Masukkan daun pudina. Then masukkan terus dalam peti ais.
5. Boleh buat minum setiap hari selama seminggu. (Bergantung sukatan cawan dan kekerapan korang minum ;P )

Yang ni fevret I sebab terase fresh sangat lepas minum hasil daripada mint, timun dan ais! XD

Resepi 2: Air Limau Nipis / Lemon

Setengah biji lemon / 1 biji limau nipis
1 gelas air suam /sejuk

1.Perahkan Jus Lemon / Limau nipis ke dalam air. Then minum terus. Elok diamalkan disetiap pagi selepas bangun tidur sebelum breakfast kay.

Resepi 3: Green tea

1 uncang green tea apa-apa jenama pun (I pakai Osk)
1 cawan air panas

1. Bancuh macam teh biasa kecuali jangan letak gula. Baik diamalkan untuk orang yang diet juga sebab green tea meningkatkan metabolisme badan. Minum anytime korang nak.

P/S: Green tea adalah baik untuk diamalkan selalu kerana ia bagus untuk mencegah kanser dan banyak lagi khasiat die. Kalu nak tau boleh baca dekat link yang dah di provided. Lagi bagus kalau di ambil sekitar 3-5 cawan sehari (bukan mugs kay cawan je). Tapi jangan minum time perut kosong kay nanti akan sakit perut.


Resepi 4: Madu, Halia dan Lemon

1 cawan air panas/ suam panas
1 atau 2 sudu teh madu (ikut selera masing-masing)
1/4 atau 1/2 biji lemon (ikut tahap nak masam masing-masing jugak)
2-3 kepiing halia yang dah ditumbuk kasar

1. Perah lemon ke dalam air suam panas dan bancuh sekali dengan madu dan halia.
2. Minum. Senang kan :D

Lebih baik minum waktu pagi selepas bangun tidur.Seeloknya sebelum membuang air kecil. Nak bagi cuci badan sebelum proses membuang kay. XD

Okay ni antara resepi mudah yang ada dalam koleksi. Next kita akan post lagi kalau jumpa yang resepi lain dan tips yang lagi best.

Selamat mencuba yew!!!

~tata~

No comments:

Post a Comment