Pages

Wednesday, 29 July 2015

Cara memperkenalkan kucing baru di rumah.



Okay kali ni kita nak diskus cara untuk memperkenalkan kucing baru samaada kitten ataupun adul cat ke rumah anda. Bende ni akan jadi tricky dan susah kalau dalam rumah memang dah ada kucing atau pun pet lain.

Cara-cara yang akan di diskus ni adalah cara yang paling basic digunakan. 

1. Kenal pasti dan memahami perangai/ personality pets atau kucing yang ada di rumah anda.
 Kucing yang sama jantina dan umur akan lebih agresif untuk berjumpa dengan kucing baru.
Manakala kalau anda ada kucing yang berperangai garang dan bersifat territorial
 memang akan amik masa sikit untuk bagi die adapt dengan kucing baru. 
Dia akan stress dan rasa terancam dengan kucing baru. 
Tambahan lagi kalau kucing baru tu kuat bermain atau berperangai territorial jugak. 

2. Kenalkan kucing baru dan pets anda secara perlahan-lahan.
Ambil masa beberapa hari untuk memperkenalkan kucing anda dan pets di rumah.
 Jangan dibiarkan kucing baru berkeliaran secara bebas di dalam rumah. Biarkan dia mengambil bau sekeliling 
rumah secara sedikit-sedikit atau per area.
 Seperti bilik anda dan bilik air( kalau nak litter training dalam toilet la).
 Dengan cara ni baru kucing baru akan biase dengan bau rumah dan pets anda serta pets anda yang lama
 akan turut kenal bau kucing tersebut.  Cara ini akan dapat menjaga kucing baru anda dari bergaduh dengan
 pets anda.

3. Adakan sesi perkenalan dengan kucing /pets anda.
Ketika sesi ini, adalah penting untuk anda berada di dalam bilik tersebut dan berdekatan dengan kucing baru tu.
 Biar mereka menghidu satu sama dan lain serta kawasan sekeliling. Jika berlaku pergaduhan anda boleh 
menyelamtkan kucing baru anda dengan cepat. Adakan sesi ini sehingga mereka serasi dengan satu sama lain 
dan tidak bergaduh jika bermain. Lebih baik diadakan ketika sesi makan dan playtime.
 Ketika ini anda boleh monitor kucing anda dan dapat mengelakkan kejadian gaduh kerana mereka leka dengan
 aktiviti lain tetapi masih aware dengan kewujudan kucing lain.

4. Biarkan kucing-kucing anda bersama dalam satu bilik
Okay lepas step ketiga tu, kalau tengok dorg da start relax, tido dalam satu bilik ketika anda bersama mereka,
 barulah dibiarkan mereka bersama. Ini untuk memastikan keadaan akan stay sama even anda tidak
 ada bersama mereka. But still lagi kene monitor untuk memastikan tiada pergaduhan yang teruk berlaku.
 Ada kucing yang sessetengah akan “berlakon baik” ketika anda bersama mereka. Jadi jangan tertipu kay
 Perkara normal seperti hissing, growling dengan kejadian tampar-menampar tu biasa nya akan terjadi.
 Tetapi jangan risau sebab pets ni bila da duduk satu rumah dia akan berbaik jugak dan menerima satu sama 
lain. just kena jaga supaya tiada kecederaan yang teruk atau tekanan perasaan yang teruk. 
Ada kucing akan lari rumah dan berubah perangai bila ada kucing baru. 
Jadi anda kena peka dengan perubahan ni. Okay :D kucing manja tau tak.

Okay nah gambar kucing buat tatapan :3

Comel kannn abang encem ni :3




Friday, 17 July 2015

Selamat Hari Raya ~^^ Berhati-Hati di Jalan Raya kay!

Balik kampung merupakan aktiviti biasa yang akan dilakukan oleh warga kota. Membawa keluarga masing-masing berjumpa dengan sanak saudara yang jauh di kampung untuk mengeratkan silaturahim merupakan satu kemestian ketika menjelangnya hari raya. (Ceh ayat tak boleh blah). hahhahaa~

Anyway bende yang ditunggu-tunggu waktu raya semestinye makanan selain daripada duit raye. Oh my makanan la bende first yang kite terpa kalau pegi rumah orang (tak elok perangai ni..ish ish ish). So ni list juadah yang wajib ade time hari raya untuk org Melaka (Ofkos kampung I kat Melaka).

1. Rendang Itik
2. Rendang Ayam Cili Api
3. Sambal Ikan Bilis
4. Periuk Kera
5. Ketupat 
6. Laksa
7. Bihun / Mee Sup
8. Lemang
9. Ungkap Ayam
10. Masak Lodeh

Okay List kat atas tak ade kaitan dengan wajib ada tak pon paling popular kay. Ni apa yang I suke je.
Paling rare periuk kera dengan rendang itik. Yang ni memang kat rumah orang melaka je ade jumpa (setakat pengalaman seumur hidup la. Maybe ada org negeri lain buat). Origin tak tau dari mane tapi memang dah lame amal kat dalam famili. Resepi periuk kera boleh cari kat internet kalau google cari "Lemanag Periuk Kera". Keluar la nanti. Rendang itik pon same. Tuan resepi tak bagi share so hahaha...sorry.

Ni la gambar Lemang Periuk Kera aka Periuk Kera je. Credit gambar dari google.
~tata~
Selamat Hari Raya semua... Jangan lupa bwak ubat sakit perut sepanjang pergi bercuti raya ni.Hahaha konpem perut terkejut lepas puasa sebulan. 

Wednesday, 15 July 2015

Resepi mudah untuk detox :D


Post yang lepas kita dah diskus serba sikit pasal detox, so kali ni I bagi resepi-resepi mudah untuk detox yang boleh diamalkan hari-hari atau selang seminggu/sebulan/setahun ikut suka masing-masing la. Tapi kalau nak lagi bagus baik buat konsisten setiap bulan tak pun hari-hari.

Resepi 1: Air Lemon, Timun dan Mint

1 jug air sejuk (1 liter) : Wajib pakai jug kaca sebab bekas plastik ada risk untuk chemical masok dalam mknn
1 atau 2 biji lemon (ikut size.Kalau kecik 2 biji)
setengah biji timun
Beberapa helai Daun pudina

1. Basuh lemon, timun dan daun pudina.
2.Kupas kulit lemon termasuk dengan lapisan putih tu. Kalau tak air akan jadi pahit. Hiris nipis then letak je dalam jug yang berisi air. Tak payah perah air lemon tu sebab yang sama air akan jadi pahit.
3. Timun tu ikut suka nak kupas kulit atau tak. Potong nipis and letak terus kat dalam jug air.
4. Masukkan daun pudina. Then masukkan terus dalam peti ais.
5. Boleh buat minum setiap hari selama seminggu. (Bergantung sukatan cawan dan kekerapan korang minum ;P )

Yang ni fevret I sebab terase fresh sangat lepas minum hasil daripada mint, timun dan ais! XD

Resepi 2: Air Limau Nipis / Lemon

Setengah biji lemon / 1 biji limau nipis
1 gelas air suam /sejuk

1.Perahkan Jus Lemon / Limau nipis ke dalam air. Then minum terus. Elok diamalkan disetiap pagi selepas bangun tidur sebelum breakfast kay.

Resepi 3: Green tea

1 uncang green tea apa-apa jenama pun (I pakai Osk)
1 cawan air panas

1. Bancuh macam teh biasa kecuali jangan letak gula. Baik diamalkan untuk orang yang diet juga sebab green tea meningkatkan metabolisme badan. Minum anytime korang nak.

P/S: Green tea adalah baik untuk diamalkan selalu kerana ia bagus untuk mencegah kanser dan banyak lagi khasiat die. Kalu nak tau boleh baca dekat link yang dah di provided. Lagi bagus kalau di ambil sekitar 3-5 cawan sehari (bukan mugs kay cawan je). Tapi jangan minum time perut kosong kay nanti akan sakit perut.


Resepi 4: Madu, Halia dan Lemon

1 cawan air panas/ suam panas
1 atau 2 sudu teh madu (ikut selera masing-masing)
1/4 atau 1/2 biji lemon (ikut tahap nak masam masing-masing jugak)
2-3 kepiing halia yang dah ditumbuk kasar

1. Perah lemon ke dalam air suam panas dan bancuh sekali dengan madu dan halia.
2. Minum. Senang kan :D

Lebih baik minum waktu pagi selepas bangun tidur.Seeloknya sebelum membuang air kecil. Nak bagi cuci badan sebelum proses membuang kay. XD

Okay ni antara resepi mudah yang ada dalam koleksi. Next kita akan post lagi kalau jumpa yang resepi lain dan tips yang lagi best.

Selamat mencuba yew!!!

~tata~

Friday, 10 July 2015

Tips Untuk Detox Badan :)

ni gamba dari google :D

Okay hai! Kali ni kita nak membebel mengenai detox pulak. Apa itu detox? Detox atau detoxification adalah proses mencuci darah daripada toksin yang terkumpul dalam badan. Mana dapat toksin tu? Okay, toksin yang ada dalam badan kita ni almost kesemuanya berpunca daripada pemakanan atau diet harian kita dan juga environment. Pemakanan orang sekarang ni tak macam orang dulu-dulu yang banyak mengambil ulam-ulaman dan herba sebagai makanan ruji. And of course banyak sangat makan junk foods dengan processed foods. So benda-benda ni menyumbang kepada penyakit berbahaya yang dulu-dulu tak ramai pun orang kene. Selain makanan harian, udara yang kita dok sedut hari-hari pun dah tak sesegar zaman dulu. Jadi badan kita ni selalu je akan sakit, demam, selsema dan macam-macam lagi. Sebab tu detox sangat diperlukan oleh badan untuk cuci darah dan refresh badan kita.

Selalu symptoms ni akan muncul kalau badan kita sangat2 memerlukan proses detox:

1.Alergik /alahan melampau
2.Keletihan / unexplained fatigue
3.Eye bag
4.Kulit kusam dan berjeragat
5.Kembung
6.Selalu jatuh sakit
7.Masalah haid
8.Kecelaruan Mental / Hilang fokus


Kalau ikot cara Dr.Peter Bennet author buku 7-Day Detox Miracle, at least setahun sekali kene detox badan kita. Cara-cara nak detox ni senang je. Kat bawah ni I include kan sekali tips Dr.Bennet ni( berkesan k).


1.Kurangkan pengambilan caffeine macam kopi, teh, milo (yes milo ada cafeine) dan apa-apa je yang ada caffeine.
2.Minum air 8 gelas sehari.
3.Buat exercise sama ada secara ringan atau heavy (mana yang suke pegi gim tu pegi lah). Tapi memang kene exercises.
4.Kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan.
5.Lebihkan pengambilan makanan yang ada fiber (sayur dan buah-buahan).
6.Ambil vitamin C untuk detoxify badan kita.
7.Amalkan minum green tea. (kurang caffeine dan meningkatkan metabolisma badan).
Sebenarnya ada banyak lagi cara-cara untuk detox. Nanti kita continue dalam post yang lain. :)


Okay kalau dah detox mesti ada withdrawal simptom. Yang ni memang akan rasa tak selesa sikit untuk sesetengah orang bergantung kepada badan masing-masing punya reaction.

Antara withdrawal simptom tu:
1.Badan akan berpeluh banyak
2.Gangguan tidur
3.Nafas berbau
4.Keletihan (yes sesetengah orang akan jadi letih sangat instead of feeling refresh)
5.Loya
6.Sembelit
7.Kelaparan
8.Badan berbau
9.Kegatalan kulit
10.Kult kering
11.Berjerawat
12.Demam

Ada setengah orang tak rase pun simptom ni, dia terus rase segar, sihat atau rasa biasa macam tu je. So depends kat badan masing-masing la. :) Selalu nya orang yang merokok, minum alkohol dan ada alergik yang paling teruk masa proses detox ni, tapi lepas 3-4 hari baru badan akan balance balik.

Okay selamat men-detox-kan badan ye semua!!!

~tata~

Next kita post pasal resepi detox yang senang je nak buat. ;)